Sunday 2 October 2011

Wahyu Terakhir Kapada Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam (keamanan dan rahmat Allah kepadanya) 'לאחרונה התגלות ליד שליח שלום וברכות של אלוהים יהיה עליו'

In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. God Almighty says in the Holy Quran: "By Time, Indeed, mankind is in loss, Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience." (Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr ‘103: verse 1-3)


Wahyu Terakhir Kapada Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam

Diriwayatkan bahwa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan (Wada').

Pada masa itu Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril Alayhis Sallam dan berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Setelah Malaikat Jibril Alayhis Sallam pergi maka Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril Alayhis Sallam. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:

"Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."

Apabila Abu Bakar Radhiyallahu Anhu mendengar keterangan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar Radhiyallahu Anhu menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar Radhiyallahu Anhu menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar Radhiyallahu Anhu dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma."

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar Radhiyallahu Anhu pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahwa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya.

Dengan turunnya ayat tersebut bahwa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar Radhiyallahu Anhu maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar Radhiyallahu Anhu, lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya.

Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar Radhiyallahu Anhu dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau."

Apabila Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar Radhiyallahu Anhu. Setelah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam sampai di rumah Abu Bakar Radhiyallahu Anhu maka Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?."

Kemudian Ali Radhiyallahu Anhu berkata, "Ya Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam, Abu Bakar Radhiyallahu Anhu mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar Radhiyallahu Anhu adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Setelah Abu Bakar Radhiyallahu Anhu mendengar pengakuan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah Radhiyallahu Anhuma berkata kepada Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam, 'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya.

Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam sengaja memukul kamu."

Kemudian Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata kepada Bilal Radhiyallahu Anhu, "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas (diqishash)."

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah Radhiyallahu Anha menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal Radhiyallahu Anhu berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam unluk mengambil tongkat beliau.

"Kemudian Fathimah Radhiyallahu Anhu berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal Radhiyallahu Anhu: "Wahai Fathimah, Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah Radhiyallahu Anha lagi:

"Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam?" Bilal Radhiyallahu Anhu tidak menjawab perlanyaan Fathimah Radhiyallahu Anha, Setelah Fathimah Radhiyallahu Anha memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam Setelah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam menerima tongkat tersebut dari Bilal Radhiyallahu Anhu maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar Radhiyallahu Anhu dan Umar Radhiyallahu Anhu tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam tetapi kamu qishashlah kami berdua."

Apabila Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam mendengar kata-kata Abu Bakar Radhiyallahu Anhu dan Umar Radhiyallahu Anhu maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar dudukiah kamu berdua, sesungguhnya Allah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali Radhiyallahu Anhu bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah!

Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam" Lalu Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah Subhanahuwataala telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata:

"Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam "Wahai 'Ukasyah pukullah saya jika kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam pun membuka baju. Setelah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam, siapakah yang sanggup memukul anda.

Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah Subhanahuwataala dengan badan saya. Dan Allah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi derajat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah Radhiyallahu Anha dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah Subhanahuwataala mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah Subhanahuwataala dan mentaati segala perintahnya.

Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah Subhanahuwataala dan menempatkannya di syurga. Jika telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.

Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku.

Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah Subhanahuwataala, kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril Alayhis Sallam, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bershalat ke atasku."

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."

Kemudian Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja.

Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Setelah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata demikian, maka sakit Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam bermula. Dalam bulan safar Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam diutus pada hari Ithnin dan wafat pada hari Ithnin.

Pada hari Ithnin penyakit Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam bertambah berat, setelah Bilal Radhiyallahu Anhu menyelesaikan azan subuh, maka Bilal Radhiyallahu Anhu pun pergi ke rumah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam. Sesampainya Bilal Radhiyallahu Anhu di rumah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam maka Bilal Radhiyallahu Anhu pun memberi salam, "Assalaarnualaika`ya `Rasulullah."

Lalu dijawab oleh Fathimah Radhiyallahu Anha, "Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal Radhiyallahu Anhu mendengar penjelasan dari Fathimah Radhiyallahu Anha maka Bilal Radhiyallahu Anhu pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah Radhiyallahu Anha itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal Radhiyallahu Anhu telah di dengar oleh Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dan baginda berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir."

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam maka Bilal Radhiyallahu Anhu pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."

Setelah Bilal Radhiyallahu Anhu sarnpai di masjid maka Bilal Radhiyallahu Anhu pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam katakan kepadanya. Abu Bakar Radhiyallahu Anhu tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar Radhiyallahu Anhu menangis sehingga ia jatuh pingsan.

Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam bertanya kepada Fathimah Radhiyallahu Anha; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah Radhiyallahu Anha pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid."

Kemudian Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam memanggil Ali Radhiyallahu Anhu dan Fadhl bin Abas Radhiyallahu Anhu, lalu Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah Subhanahuwataala dan mengerjakan segala perintahnya.

Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam pun pulang ke rumah beliau.

Kemudian Allah Subhanahuwataala mewahyukan kepada malaikat lzrail Alayhis Sallam, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali.

 Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan jika ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah Subhanahuwataala maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam maka ia pun memberi salam, "Assalaamu `alaikum `yaa `ahla `baitin `nubuwwati `wa `ma `danir  `risaalati `a `adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah Nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?)

Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam bertanya kepada Fathimah Radhiyallahu Anha, "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu."

Maka Fathimah Radhiyallahu Anhu pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah,"Tidak ayah."

"Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur."

Fathimah Radhiyallahu Anha tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam mendengar tangisan Falimah Radhiyallahu Anha maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku."

Kemudian Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam menjawab: "

Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail:

"Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, jika engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam, "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail:

"Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril Alayhis Sallam pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam.

Apabila Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam melihat kedatangan Jibril Alayhis Sallam maka Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril Alayhis Sallam, "Ya aku tahu."

Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah Subhanahuwataala " Berkata Jibril Alayhis Sallam, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit.

Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril Alayhis Sallam, "Allah Subhanahuwataala telah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."

Berkata Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam pun berkata:

"Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril Alayhis Sallam mengalihkan pandangan dari Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril Alayhis Sallam itu maka Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril Alayhis Sallam berkata:

"Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu berkata: "Apabila ruh Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam telah sampai di dada beliau telah bersabda,

"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."

Ali Radhiyallahu Anhu berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak 2 kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata: ‘UMATi, UMATi’. (umatku, umatku).

Telah bersabda Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam bahwa: "Malaikat Jibril Alayhis Sallam telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Subhanahuwataala telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, jika sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Rindu Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam

Bilal bin Rabbah, sahabat Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkulit hitam namun berhati putih mempunyai banyak kenangan tersendiri pada lelaki mulia yang menjadi Nabinya. Kenangan itu berkerak dan melekat dalam diri Bilal Radhiyallahu Anhu sampai jauh setelah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam wafat.

Agar tak terkoyak moyak hatinya, Bilal Radhiyallahu Anhu memutuskan untuk tak lagi adzan sepeninggal Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam. Sampai suatu ketika, rindu Bilal Radhiyallahu Anhu tak tertahankan. Ia pun mengumandangkan adzan.

Kisah itu diawali dengan cerita Bilal Radhiyallahu Anhu tentang mimpinya semalam. Lelaki asal Ethiopia itu, suatu malam bermimpi dalam tidurnya. Dalam mimpinya, Bilal bertemu dengan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam.

“Bilal, betapa rindu aku padamu,” kata Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dalam mimpi Bilal. Satu orang mendengar cerita Bilal Radhiyallahu Anhu. Tak berapa lama, orang pertama menceritakan mimpi Bilal Radhiyallahu Anhu pada orang ke-2.

Orang ke-2 pun bercerita pada orang ke-3, ke-4, ke-5 dan seterusnya. Menjelang petang, nyaris seluruh penduduk kota Madinah, kota yang sudah lama ditinggalkannya, tahu tentang mimpinya itu. Maka bersepakat penduduk Madinah, meminta Bilal Radhiyallahu Anhu untuk adzan di masjid Rasulullah saat waktu shalat maghrib tiba.

Tak kuasa Bilal menolak keinginan sahabat-sahabatnya. Senja merah, angin sepoi dan langit bersih dari mega. Bilal mengumandangkan adzan. Penduduk Madinah tercekam kerinduan. Rasa dalam dada membuncah, detik-detik bersama Rasulullah, manusia tercinta terbayang kembali di pelupuk mata.

Akhirnya, penduduk Madinah pun menitikkan air mata rindunya. Dan Bilal Radhiyallahu Anhu, tentu saja ia diharu biru rindu pada kekasihnya, Nabi akhir zaman itu. Wafatnya Seorang Laki-laki Habsyi di dalam Majelis Nabi Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam

Thabrani mentakhrijkan dari Ibnu 'Umar Radhiyallahu Anhu (yang maksudnya kurang lebih), dia berkata, " Seorang laki-laki dari Habasyah datang kepada Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam. Maka berkatalah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam, 'bertanyalah dan fahamkanlah!'.

Ia lalu berkata, 'Ya Rasulullah! Engkau telah dimuliakan dari kami dengan rupamu, dengan keturunanmu, dengan kenabianmu. Apakah jika aku beriman dengan apa yang engkau telah beriman dan ber'amal dengan apa yang engkau telah amalkan apakah aku akan bersama mu di dalam Jannah?'. Berkata Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam, "na'am, dan orang yang dirinya seperti ini (berkulit hitam) sesungguhnya dia terlihat putih di Jannah sejauh 1000 tahun perjalanan".

Kemudian Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata, "barangsiapa mengucapkan laa ilaaha illallaah, bersamanya janji Allah dan siapa yang mengucapkan Subhanallahi wabihamdihi dituliskan baginya seratus duapuluh empat ribu (124,000) hasanah".

Maka laki-laki itu berkata, "bagaimana keadaanku setelah ini ya Rasulullah?" Maka berkata Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam, "sesungguhnya seorang lelaki mendatangi hari kiamat dengan 'amal". Kemudian dibacakan oleh Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam surah berikut yaitu surah Al-insaan ayat 1 hingga ayat 20.

Orang Habsyi itu bertanya lagi, "dan apakah mata ini akan melihat apa yang akan engkau lihat di dalam Jannah?" Berkatalah Rasulullah, "na'am". Maka orang Habsyi itu menangis sehinggalah ia meninggal dunia (yakni keluarlah ruhnya).

(Tafsir Ibnu Katsir)


Di dalam riwayat yang lain bersabda Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam terhadap lelaki habsyi tersebut, "Telah keluarlah ruh sahabatmu ini (saudaramu ini) dikarenakan Asy Syauqu ilaa Al-Jannah, rindukan jannah.

(HR Ahmad)


(Nota: Riwayat hadits selengkapnya pada kitab Hayatush Shahabah 3:80)




Manasye King, bani Israel, Hamden bolly WORD: 'Ingatlah apabila kalian dengar nama-nama para Sahabat hendaklah kalian sambut dengan penghormat dan penghargaannya dengan ucapan: Radhiyallahu Anhu dan bagi para Sahabiah: Radhiyallahu Anha. INGATLAH: Sesunguhnya para-para Sahabat telah mendapat RedhaAllah dipenjanjian Hudaibiyah'. Firman Allah Taala: . . . Radhiyallahu Anhu . . . (Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia) (H.R. hadis panjang: Malaikat Jibril Alayhis Sallam dan seluroh makluk dilangit dan bumi mengutuk sesiapa yang mendengar nama Rasulullah dan para Sahabatnya tanpa menyambut dan memberi penghormatan pada mereka sebagai bakhil dan sombong dan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata: Ameen)..

Hendaknya orang-orang yang mendengar, menyambut dan menjawab namanya para `para Sahabat Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dengan penhormatan: Radhiyallahu Anhu dan kepada para Sahabiah dengan penghormatan: Radhiyallahu Anha serta menyampaikan pula kepada orang lain mudah-mudah kita bersama dapat lindungan Rahmat Allah Taala, Ameen.



Di DUNIA LAGI: Mereka-Mereka Ini Yang Allah Taala Telah Janjikan Surga

Firman Allah Taala: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia,serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah Taubah ‘9: Ayat 100)

Didalam ayat-ayat Al`Quran yang dinyatakan diatas ini Allah telah memuji para`para Sahabat dan menyatakan tentang kesukaanNya terhadap mereka. Sebaya juga kitab`kitab dari hadis dipenuhi dengan kelebihan`kelabihan mereka misalnya:

(1) ‘Ikutilahlah Abu Bakar dan Umar dikala daku tidak bersama kalian lagi.’

(2) “Persamaan yang ada pada diri para Sahabat adalah seumpama persamaan bintang`bintang (sebagai panduan)”. Barangsiapa mengikut mereka akan dipimpin (di jalan yang lurus).

(3) “Persamaan yang ada pada para Sahabat (di kalangan manusia) adalah ibarat persamaan garam didalam makanan. Tiada ada kelazatan didalam makanan tanpa garam.”

(4) Berwaspadalah (dari mengerakkan lidahmu) dari memburukkan nama para Sahabatku. Janganlah menjadikan mereka sebagai sasaran dari fitnahmu. Sesiapa yang mencintai mereka kerana kasih`sayangnya untukku dan sesiapa yang beriri hati terhadap mereka, bermakna dengki kepadaku. Begitu juga sesiapa yang benci kepada mereka dengan tersendirinya mereka  benci akan ku dan sesiapa yang membenci akan daku bermakna dia membenci akan Allah. Dan Allah dengan secepat mungkin akan meragut nyawa orang yang membenciNya.”

(5) “Jangan sekali`kali mencaci para Sahabatku. Jika seseorang diantara kamu (orang`orang yang datang sesudah para Sahabat) telah membelanjakan emas (sebagai sedekah) adalah ganjarannya sama juga seperti beratnya ‘Gunung Uhud’ namun kalian tidak boleh mendapat ganjaran menyamai dengan apa yang telah diperolehi dari Sahabatku yang hanya membelanjakan 1 atau setengah ‘Mudd’ dari biji`bijian sahaja.” (1 ‘Mudd’ sama juga 1 ¾ paun).

(6) “Keatas seseorang yang  mencercai para Sahabatku, sesungguhnya ia akan mendapat kutukan dari Allah dan para Malaikat serta dari sekelian manusia yang ada di bumi ini. Semada Sembahyang fardu maupun Salat Nafilnya tidak akan diterima oleh Allah”

(7) Ingatlah: Selepas para`para Nabi, Allah telah mengutamakan para`para Sahabatku meliputi segala ciptaanNya. Sekali lagi ia melebihi kesemua dari para Sahabat yang lainnya. Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali.”

(8) Wahai manusia! Daku merasai begitu gembira dengan Abu Bakar. Kalian sepatutnya menyedari kedudukannya itu. Daku juga merasai gembira terhadap Umar, Ali, Usman, Talhah, Zubair, Saad, Abdur Rahman bin Auf dan Abu Ubaidah. Kalian sepatutnya menyedari akan kedudukan mereka itu. Wahai manusia! Allah telah mengumumkan (pengisytiharan/declaration) keampunanNya bagi kesemua dari mereka yang menyertai peperangan Uhud dan yang Bait’at (bersumpah`setia) kepada ku di Hudaibiyah. Wahai manusia! Kalian patut mempunyai penghargaan untukku semasa berunding dengan para`para Sahabatku khasnya mereka`mereka yang mempunyai pertalian darah denganku. Awasilah dari melakukan sebarang kesilapan kepada mereka jika mereka mengadu mengenaimu pada Hari Penghisapan dimana dikau pasti tidak terampun.”

(9) Berikan penghargaan kepadaku ketika kamu berunding dengan para Sahabatku dan mereka `mereka yang mempunyai pertalian darah denganku melalui perkahwinan. Seseorang yang mempunyai penghargaan kepadaku akan berada di dalam perlindungan Allah pada Hari Hisab nanti. Allah bebas dari sebarang kewajipanNya kepada sesiapa yang tidak mempuyai penghargaan untukku. Ia boleh meragut nyawanya pada bila`bila masapun.”

(10) “Pada Hari Hisab nanti daku akan menjadi perlindung bagi mereka`mereka yang mempunyai penghargaan untukku ketika berunding dengan para Sahabatku.”

(11) “Seseorang yang mempunyai penghargaan untukku didalam rundingannya dengan para Sahabatku akan dapat menghampirku ketika daku berada di ‘Kauthar’ nanti manakala orang yang tidak mempunyai penghargaan untukku di dalam rundingan dengan mereka itu tidak akan dapat menghampiriku. Ia boleh memandang wajahku hanya dari satu jarak sahaja”

Nabi Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam (keamanan dan rahmat Allah kepadanya) dan pengemis Yahudi Buta 'הנביא (שלום וברכות של אלוהים להיות עליו) ואת הקבצן העיוור היהודי'

In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. God Almighty says in the Holy Quran: "By Time, Indeed, mankind is in loss, Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience." (Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr ‘103: verse 1-3)


Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dan Pengemis Yahudi Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Setiap pagi Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam melakukannya hingga menjelang Beliau Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar Radhiyallahu Anhu berkunjung ke rumah anaknya Aisyah Radhiyallahu Anha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah Radhiyallahu Anha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja".

"Apakah Itu?", tanya Abubakar Radhiyallahu Anhu. Setiap pagi Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah Radhiyallahu Anhuma.

Ke esokan harinya Abubakar Radhiyallahu Anhu pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar Radhiyallahu Anhu mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar Radhiyallahu Anhu mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu?".

Abubakar Radhiyallahu Anhu menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan!, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar Radhiyallahu Anhu tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar rRadhiyallahu Anhu ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar Radhiyallahu Anhu.





Manasye King, bani Israel, Hamden bolly WORD: 'Ingatlah apabila kalian dengar nama-nama para Sahabat hendaklah kalian sambut dengan penghormat dan penghargaannya dengan ucapan: Radhiyallahu Anhu dan bagi para Sahabiah: Radhiyallahu Anha. INGATLAH: Sesunguhnya para-para Sahabat telah mendapat RedhaAllah dipenjanjian Hudaibiyah'. Firman Allah Taala: . . . Radhiyallahu Anhu . . . (Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia) (H.R. hadis panjang: Malaikat Jibril Alayhis Sallam dan seluroh makluk dilangit dan bumi mengutuk sesiapa yang mendengar nama Rasulullah dan para Sahabatnya tanpa menyambut dan memberi penghormatan pada mereka sebagai bakhil dan sombong dan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata: Ameen)..

Hendaknya orang-orang yang mendengar, menyambut dan menjawab namanya para `para Sahabat Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dengan penhormatan: Radhiyallahu Anhu dan kepada para Sahabiah dengan penghormatan: Radhiyallahu Anha serta menyampaikan pula kepada orang lain mudah-mudah kita bersama dapat lindungan Rahmat Allah Taala, Ameen




Di DUNIA LAGI: Mereka-Mereka Ini Yang Allah Taala Telah Janjikan Surga

Firman Allah Taala: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia,serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah Taubah ‘9: Ayat 100)

Didalam ayat-ayat Al`Quran yang dinyatakan diatas ini Allah telah memuji para`para Sahabat dan menyatakan tentang kesukaanNya terhadap mereka. Sebaya juga kitab`kitab dari hadis dipenuhi dengan kelebihan`kelabihan mereka misalnya:

(1) ‘Ikutilahlah Abu Bakar dan Umar dikala daku tidak bersama kalian lagi.’

(2) “Persamaan yang ada pada diri para Sahabat adalah seumpama persamaan bintang`bintang (sebagai panduan)”. Barangsiapa mengikut mereka akan dipimpin (di jalan yang lurus).

(3) “Persamaan yang ada pada para Sahabat (di kalangan manusia) adalah ibarat persamaan garam didalam makanan. Tiada ada kelazatan didalam makanan tanpa garam.”

(4) Berwaspadalah (dari mengerakkan lidahmu) dari memburukkan nama para Sahabatku. Janganlah menjadikan mereka sebagai sasaran dari fitnahmu. Sesiapa yang mencintai mereka kerana kasih`sayangnya untukku dan sesiapa yang beriri hati terhadap mereka, bermakna dengki kepadaku. Begitu juga sesiapa yang benci kepada mereka dengan tersendirinya mereka  benci akan ku dan sesiapa yang membenci akan daku bermakna dia membenci akan Allah. Dan Allah dengan secepat mungkin akan meragut nyawa orang yang membenciNya.”

(5) “Jangan sekali`kali mencaci para Sahabatku. Jika seseorang diantara kamu (orang`orang yang datang sesudah para Sahabat) telah membelanjakan emas (sebagai sedekah) adalah ganjarannya sama juga seperti beratnya ‘Gunung Uhud’ namun kalian tidak boleh mendapat ganjaran menyamai dengan apa yang telah diperolehi dari Sahabatku yang hanya membelanjakan 1 atau setengah ‘Mudd’ dari biji`bijian sahaja.” (1 ‘Mudd’ sama juga 1 ¾ paun).

(6) “Keatas seseorang yang  mencercai para Sahabatku, sesungguhnya ia akan mendapat kutukan dari Allah dan para Malaikat serta dari sekelian manusia yang ada di bumi ini. Semada Sembahyang fardu maupun Salat Nafilnya tidak akan diterima oleh Allah”

(7) Ingatlah: Selepas para`para Nabi, Allah telah mengutamakan para`para Sahabatku meliputi segala ciptaanNya. Sekali lagi ia melebihi kesemua dari para Sahabat yang lainnya. Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali.”

(8) Wahai manusia! Daku merasai begitu gembira dengan Abu Bakar. Kalian sepatutnya menyedari kedudukannya itu. Daku juga merasai gembira terhadap Umar, Ali, Usman, Talhah, Zubair, Saad, Abdur Rahman bin Auf dan Abu Ubaidah. Kalian sepatutnya menyedari akan kedudukan mereka itu. Wahai manusia! Allah telah mengumumkan (pengisytiharan/declaration) keampunanNya bagi kesemua dari mereka yang menyertai peperangan Uhud dan yang Bait’at (bersumpah`setia) kepada ku di Hudaibiyah. Wahai manusia! Kalian patut mempunyai penghargaan untukku semasa berunding dengan para`para Sahabatku khasnya mereka`mereka yang mempunyai pertalian darah denganku. Awasilah dari melakukan sebarang kesilapan kepada mereka jika mereka mengadu mengenaimu pada Hari Penghisapan dimana dikau pasti tidak terampun.”

(9) Berikan penghargaan kepadaku ketika kamu berunding dengan para Sahabatku dan mereka `mereka yang mempunyai pertalian darah denganku melalui perkahwinan. Seseorang yang mempunyai penghargaan kepadaku akan berada di dalam perlindungan Allah pada Hari Hisab nanti. Allah bebas dari sebarang kewajipanNya kepada sesiapa yang tidak mempuyai penghargaan untukku. Ia boleh meragut nyawanya pada bila`bila masapun.”

(10) “Pada Hari Hisab nanti daku akan menjadi perlindung bagi mereka`mereka yang mempunyai penghargaan untukku ketika berunding dengan para Sahabatku.”

(11) “Seseorang yang mempunyai penghargaan untukku didalam rundingannya dengan para Sahabatku akan dapat menghampirku ketika daku berada di ‘Kauthar’ nanti manakala orang yang tidak mempunyai penghargaan untukku di dalam rundingan dengan mereka itu tidak akan dapat menghampiriku. Ia boleh memandang wajahku hanya dari satu jarak sahaja”