Saturday 1 October 2011

Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anhuma.

In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. God Almighty says in the Holy Quran: "By Time, Indeed, mankind is in loss, Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience." (Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr ‘103: verse 1-3)


Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anhuma.

Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha atau dikenal juga sebagai Ummu Sulaim Radhiyallahu Anha. telah dirahmati dengan berbagai kehormatan, diantaranya adalah kehadiran beliau di Uhud, Al-Hudaibiyyah, Khaibar, Hunain dan Peperangan Yamamah. Namun peranan beliau yang paling mulia adalah ketika Peperangan Uhud.

Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha telah menyertai peperangan tersebut bersama suaminya, Ghaziya, berserta 2 orang anak lelaki beliau. Tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas beliau adalah untuk memberi air kepada para Mujahid yang cedera. Akan tetapi Allah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam telah menetapkan satu peranan yang lebih besar dan mulia untuk beliau. Maka beliau pun mengatur langkah bersama-sama dengan keluarga beliau dengan sebuah Qirbah (tempat air terbuat dari kulit kambing) untuk mengisi air.

Mereka tiba di medan perang pada awal pagi hari. pasukan Islam, ketika itu, sedang menguasai peperangan dan beliau telah pergi melihat keadaan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam. Pada masa yang sama sebilangan pasukan Islam telah membuat satu kesilapan yang teramat besar - melihat pasukan Quraish mundur, mereka mulai berlari-berkejaran mendapatkan harta-benda rampasan perang, melanggar perintah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam supaya tetap di posisi mereka di atas bukit.

Khalib bin Walid, (yang ketika itu belum lagi memeluk Islam), apabila melihat benteng pertahanan yang telah terbuka itu kemudian memimpin serangan balasan ke atas pasukan Islam. Kemenangan peperangan beralih kepada pihak Quraish. Dalam suasana kalang kabut itu, banyak dari kalangan pasukan Islam panik dan mundur, meninggalkan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam bersama-sama sekumpulan kecil para Sahabat Radhiyallahu Anhu. Di kalangan mereka ini termasuklah Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha.

Melihat ramai dari kalangan pasukan Islam yang mundur, Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha kemudian berlari ke arah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dan mengangkat senjata demi mempertahankan baginda Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam, bersama-sama dengan suami dan kedua anak lelakinya.

Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam menyadari yang Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha tidak mempunyai perisai kemudian baginda Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam memerintahkan kepada salah seorang daripada mereka yang sedang berundur supaya memberikan perisainya kepada Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha yang sedang bertarung. Setelah mendapat perisai tersebut, Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha mempertahankan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam menggunakan busur, anak panah dan juga pedang.

Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha diserang oleh pasukan berkuda tetapi beliau tidak sekalipun gentar atau merasa takut. Beliau kemudian telah berkata, "Apabila mereka itu tidak berkuda seperti kami, niscaya telah kami hancurkan mereka, insya-Allah." Abdullah ibn Zayed, anak lelaki beliau, telah mengalami cedera ketika peperaang tersebut. Lukanya itu berdarah banyak sekali.

Ibunya berlari kepadanya dan membalut lukanya itu. Kemudian Ummu 'Umarah rha memerintahkan anak lelakinya itu, "Majulah dan perangi mereka, anakku!" Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam mengagumi semangat pengorbanan beliau dan telah memuji beliau, "Siapakah yang dapat menanggung apa yang kamu mampu tanggung, Ummu 'Umarah!"

Tiba-tiba lelaki yang telah menlukai anak lelakinya mendekat dan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata kepada beliau bahwa inilah lelaki yang melukai anaknya. Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha dengan berani menantang lelaki tersebut, yang menurut anak Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha sendiri, adalah seperti pohon perdu yang besar. Ummu 'Umarah rha melukai kaki musuhnya itu, menjatuhkannya sehingga berlutut.

Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam tersenyum sehingga menampakkan gigi baginda Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dan berkata, "Kamu telah membalasnya, Ummu 'Umarah!" Setelah lelaki tersebut dibunuh, Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam kemudian berkata "Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kamu kemenangan dan menggembirakan kamu atas musuh kamu dan mengizinkan kamu dapat menuntut balas."

Pada satu ketika, Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam telah tertinggal seorang diri. Melihat peluang keemasan itu, pihak musuh, Ibn Qumay'a segera menyerang Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam sambil menjerit "Tunjukkan Muhammad padaku! Aku takkan selamat sekiranya dia diselamatkan!".

Kemudian Mus'ab ibn 'Umayr Radhiyallahu Anhu, bersama-sama dengan beberapa orang sahabat yang lain, bergegas mempertahankan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam. Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha yang turut bersama-sama dengan mereka terus menebas musuh Allah itu, walaupun dia memakai 2 lapis baju besi.

Ibn Qumay'a berjaya melukai bagian leher Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha, dan meninggalkan luka yang parah. Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam terus memanggil anak lelaki Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha, memerintahkannya membalut luka ibunya sambil mendoakan kerahmatan dan kesejahteraan ke atas mereka dan menyatakan kemuliaan mereka.

Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha, bila menyadari Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam menyukai kesungguhan dan keberanian beliau, kemudian meminta Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam supaya berdoa agar mereka dijadikan Allah di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam di syurga nanti.

Setelah Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berdoa, Ummu 'Umarah rha kemudian berkata, "Aku tidak pedulikan apa saja yang menimpaku di dunia ini!" Pada hari tersebut, Ummu 'Umarah rha menerima 13 luka dan luka di lehernya yang terpaksa dirawat selama setahun.

Beliau kemudiannya juga menyertai Peperangan Yamamah, di mana beliau menerima sebelas luka dan kehilangan tangan. Keberanian Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha menyebabkan semua para Sahabat Radhiyallahu Anhu menghormati beliau, terutama para Khalifah yang akan mengunjungi beliau dan senantiasa memperhatikan keadaan beliau.

Umar ibn Khattab ra telah menerima kain-kain sutera yang sangat bagus buatannya. Salah seorang yang berada di situ berkata bahawa kain tersebut sangat mahal dan Umar Radhiyallahu Anhu sebaiknya memberikannya kepada isteri Abdullah ibn Umar Radhiyallahu Anhu, Safiyya bint Abu 'Ubayd. Umar Radhiyallahu Anhu walaubagaimanapun tidak mau memberikan kain tersebut kepada menantunya.

"Ini adalah sesuatu yang tidak akan kuberikan kepada ibn Umar. Aku akan berikan kepada seseorang yang lebih berhak keatasnya - Ummu 'Umarah Nusayba bint Ka'b Radhiyallahu Anha." Umar Radhiyallahu Anhu kemudian menceritakan bagaimana ketika Peperangan Uhud, beliau mendengar Rasulullah berkata bahawa apabila baginda Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam melihat ke kiri maupun ke kanan, baginda melihat Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha sedang bertarung di hadapan baginda Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam.

Inilah kehidupan Ummu 'Umarah Radhiyallahu Anha, pejuang yang tetap berdiri apabila ramai yang mundur, yang menyuruh anaknya yang cedera parah kembali menyertai peperangan yang sengit, dan yang siap menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam. Sebagai balasan, beliau menerima doa agar dijadikan di kalangan sahabat Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam di syurga. Moga Allah Subhanahuwataala merahmati para Muslimah kita dengan keberanian, semangat pengorbanan dan istiqamah yang sedemikian.



Manasye King, bani Israel, Hamden bolly WORD: 'Ingatlah apabila kalian dengar nama-nama para Sahabat hendaklah kalian sambut dengan penghormat dan penghargaannya dengan ucapan: Radhiyallahu Anhu dan bagi para Sahabiah: Radhiyallahu Anha. INGATLAH: Sesunguhnya para-para Sahabat telah mendapat RedhaAllah dipenjanjian Hudaibiyah'. Firman Allah Taala: . . . Radhiyallahu Anhu . . . (Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia) (H.R. hadis panjang: Malaikat Jibril Alayhis Sallam dan seluroh makluk dilangit dan bumi mengutuk sesiapa yang mendengar nama Rasulullah dan para Sahabatnya tanpa menyambut dan memberi penghormatan pada mereka sebagai bakhil dan sombong dan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata: Ameen)..

Hendaknya orang-orang yang mendengar, menyambut dan menjawab namanya para `para Sahabat Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dengan penhormatan: Radhiyallahu Anhu dan kepada para Sahabiah dengan penghormatan: Radhiyallahu Anha serta menyampaikan pula kepada orang lain mudah-mudah kita bersama dapat lindungan Rahmat Allah Taala, Ameen



Di DUNIA LAGI: Mereka-Mereka Ini Yang Allah Taala Telah Janjikan Surga

Firman Allah Taala: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia,serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah Taubah ‘9: Ayat 100)

Didalam ayat-ayat Al`Quran yang dinyatakan diatas ini Allah telah memuji para`para Sahabat dan menyatakan tentang kesukaanNya terhadap mereka. Sebaya juga kitab`kitab dari hadis dipenuhi dengan kelebihan`kelabihan mereka misalnya:

(1) ‘Ikutilahlah Abu Bakar dan Umar dikala daku tidak bersama kalian lagi.’

(2) “Persamaan yang ada pada diri para Sahabat adalah seumpama persamaan bintang`bintang (sebagai panduan)”. Barangsiapa mengikut mereka akan dipimpin (di jalan yang lurus).

(3) “Persamaan yang ada pada para Sahabat (di kalangan manusia) adalah ibarat persamaan garam didalam makanan. Tiada ada kelazatan didalam makanan tanpa garam.”

(4) Berwaspadalah (dari mengerakkan lidahmu) dari memburukkan nama para Sahabatku. Janganlah menjadikan mereka sebagai sasaran dari fitnahmu. Sesiapa yang mencintai mereka kerana kasih`sayangnya untukku dan sesiapa yang beriri hati terhadap mereka, bermakna dengki kepadaku. Begitu juga sesiapa yang benci kepada mereka dengan tersendirinya mereka  benci akan ku dan sesiapa yang membenci akan daku bermakna dia membenci akan Allah. Dan Allah dengan secepat mungkin akan meragut nyawa orang yang membenciNya.”

(5) “Jangan sekali`kali mencaci para Sahabatku. Jika seseorang diantara kamu (orang`orang yang datang sesudah para Sahabat) telah membelanjakan emas (sebagai sedekah) adalah ganjarannya sama juga seperti beratnya ‘Gunung Uhud’ namun kalian tidak boleh mendapat ganjaran menyamai dengan apa yang telah diperolehi dari Sahabatku yang hanya membelanjakan 1 atau setengah ‘Mudd’ dari biji`bijian sahaja.” (1 ‘Mudd’ sama juga 1 ¾ paun).

(6) “Keatas seseorang yang  mencercai para Sahabatku, sesungguhnya ia akan mendapat kutukan dari Allah dan para Malaikat serta dari sekelian manusia yang ada di bumi ini. Semada Sembahyang fardu maupun Salat Nafilnya tidak akan diterima oleh Allah”

(7) Ingatlah: Selepas para`para Nabi, Allah telah mengutamakan para`para Sahabatku meliputi segala ciptaanNya. Sekali lagi ia melebihi kesemua dari para Sahabat yang lainnya. Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali.”

(8) Wahai manusia! Daku merasai begitu gembira dengan Abu Bakar. Kalian sepatutnya menyedari kedudukannya itu. Daku juga merasai gembira terhadap Umar, Ali, Usman, Talhah, Zubair, Saad, Abdur Rahman bin Auf dan Abu Ubaidah. Kalian sepatutnya menyedari akan kedudukan mereka itu. Wahai manusia! Allah telah mengumumkan (pengisytiharan/declaration) keampunanNya bagi kesemua dari mereka yang menyertai peperangan Uhud dan yang Bait’at (bersumpah`setia) kepada ku di Hudaibiyah. Wahai manusia! Kalian patut mempunyai penghargaan untukku semasa berunding dengan para`para Sahabatku khasnya mereka`mereka yang mempunyai pertalian darah denganku. Awasilah dari melakukan sebarang kesilapan kepada mereka jika mereka mengadu mengenaimu pada Hari Penghisapan dimana dikau pasti tidak terampun.”

(9) Berikan penghargaan kepadaku ketika kamu berunding dengan para Sahabatku dan mereka `mereka yang mempunyai pertalian darah denganku melalui perkahwinan. Seseorang yang mempunyai penghargaan kepadaku akan berada di dalam perlindungan Allah pada Hari Hisab nanti. Allah bebas dari sebarang kewajipanNya kepada sesiapa yang tidak mempuyai penghargaan untukku. Ia boleh meragut nyawanya pada bila`bila masapun.”

(10) “Pada Hari Hisab nanti daku akan menjadi perlindung bagi mereka`mereka yang mempunyai penghargaan untukku ketika berunding dengan para Sahabatku.”

(11) “Seseorang yang mempunyai penghargaan untukku didalam rundingannya dengan para Sahabatku akan dapat menghampirku ketika daku berada di ‘Kauthar’ nanti manakala orang yang tidak mempunyai penghargaan untukku di dalam rundingan dengan mereka itu tidak akan dapat menghampiriku. Ia boleh memandang wajahku hanya dari satu jarak sahaja”