Monday 19 September 2011

DAKWAH MASTUROH THAILAND DI SINGAPORE dr status Ipu Ismail



Jemaah masturat dari Thailand telah datang disingapore 2 minggu sebelum bulan puasa , terdiri dari sahabat ana ustaz abdul ghani ameer sab jemaah , maulana mohamad, maulana malik dan 2 orang lama dihalkah sungai kolok.., sama2 mengajar dimarkaz sungai kolok thailand, ana tak dapat lama dgn jemaah kerana ana ada taqazar ke kuala lumpur, namun 2 jam bersama mereka seolah-olah ingatan 12thn yg lalu …masih segar dlm kenangan ku..

Thn 1999 ana diputuskan keluar masturat 40 hari masturat…..
Bersama dgn jemaah ini 1 org maulana, 6 orang lagi semuanya para hafiz and hafizah
Jemaah ini juga dipanggil JEMAAH MALAM PERTAMA ini kerana kebanyakkan dari jemaah ini baru berkahwin……Ini panggilan dari markaz aje……bukannya tertib….
Ada yg baru 4 bulan kahwin….
Ada yang 2 bulan kahwin…..
And ada yang beberapa bulan kahwin……
Yang paling muda dikalangan jemaah ini baru beberapa minggu kahwin langsung 40 hari…
Diputuskan keluar dikawasan pulau di KRABI….
Disana usaha baru maju tetapi korban dari org sana menyebabkan mata kami selalu basah dgn air mata….T-T
Satu kali jemaah kami dihantar di Samsikh di hallkah tepi pantai……
Ada beberapa cerita yg menarik
Yg Ana hendak kongsikan…..
Hari pertama jemaah kami disana diputuskan beberapa jemaah kursusi, Ana diputuskan untuk berjumpa dgn Iman masjid , semasa kami dlm perjalanan , ada seoran budak yg sedang bermain dekat kawasan masjid , apabila melihat kami dia berlari datang kepada kami dan terus memerluk kami , dalam bahasa Thai,katanya dalam bahasa melayu aku rindu pada jemaah sambil menangis nangis…. Kami kehairanan……dan budak tadi telah menperkenalkan namanya Rawahah dan katanya dia sangat merindui ayahnya, apabila setiap kali jemaah datang aku akan memerluknya, kata ibunya ini adalah jemaah ayahnya, kalau jemaah datang dikampung nya peluklah mereka seolah olah kamu memerluk ayahmu, kami bertambah kehairanan lagi maka kami telah tanya dimana ayah mu, jawab budak tadi ayahnya sudah meninggal setahun lalu ketika keluar 40 hari dan matinya ketika bayan …subhanallah…..
Basah dipipi air mata kami tanpa sedari…mendengar cerita ini……
T-T
Apabila kami berjumpa dgn tok iman alhamdulilah imanya pun karkun .. Setelah menyatakan maksud kedatangan Kami lansung kami menanyai cerita budak tadi, tok iman tadi pun menambah dan berkata memang benar ayahnya meninggal semasa keluar dijalan Allah Subhanahuwataala semasa bayan, ayahnya bernama abdulloh dan salah seorg org tangungjawab dikampungnya , keluarganya sangat diberi kefahaman agama , satu kali ketika hendak keluar 40 hari keluarga ini tidak ada apa 2 tetapi dipilih oleh Allah taala keluar 40 hari , apabila ditaskil dia tidak melihat dunianya tetapi meletakkan takazar agama didepan mereka….ketika hendak keluar datang satu org hamba Allah kepada mereka Dan berkata kami disuruh oleh datuknya (wasiat sebelum datuknya meninggal dunia) supaya menyampaikan Amanah ini
Apabila mereka melihat yg didatangkan pada mereka ialah duit masyaAllah….
Dia berkata ini bukan duit kami….
Kata orang tadi ya ini duit kamu ingat tak semasa dia bekerja dengan datuknya tapi tak sempat ambil upah ketika itu kamu telah keluar 4 bulan….
Allahu akhbar
Lagi Dipipi kami dibasahi air mata….
Nusrahtullah………..
T-T
Apabila kami pulang kemasjid kami telah karkunzari pada jemaah kami…..
Kata amir sab kami ya kita diputuskan disini untuk belajar korbanan mereka , walau usaha disini baru naik tapi pergorbanan mereka sangat maju……..
Dan semasa karkunzari ana telah buat karkunzari pada aulia ana dan berkata padanya disini mereka kebanyakan orang 2 baru dalam usaha ini tapi mereka sangat maju dlm nisbah pegorbanan…..
Ya jawab aulia ana, semasa jemaah wanita hendak makan tadi datang satu orang perempuan muda sambil menghantar bekas kepada jemaah, didalamnya hanya diisi sambal lada, sambil menangis meminta maaf kepada jemaah kerana tidak dapat sempurnakan makan pada jemaah, katanya ini saja yg dapat disajikan pada jemaah sambil aulia ana menangis karkunzari pada ana didalam bilik karkunzari ……
T-T
Dan disana di Krabi jemaah kami keluar satu bulan dan banyak lagi karkunzarinya yang dapat menjadi tauladan buat kami tetapi tak dapat dinyatakan disini dan 5 hari yg terakhir diputuskan oleh markaz yala untuk habiskannya dinarathiwat memandangkan ana dan aulia ana terpaksa menyambung cop pasport satu bulan dithailand…
Ana dan aulia ana lupa yg kami harus menyambungnya 5 hari yg lalu…..
Kerana memandangkan ana dan aulia ana dah biasa akan pergi cop pasport selepas genap satu bulan dengar cerita2 disana terlupa pula cop pasport…
Semasa hendak cop pasport dikatakan oleh imegresen thai anda telah lewat 4 day yang lepas so kena denda…..satu hari $ 100 Rm
Ana hanya pasrah saja….
Tiba2 bahu ana dipegang oleh seseorang , dia bertanya kenapa ni tuan, ini ana lewat 4 day so kena denda lah….
Orang tadi telah minta pasport ana dan terus masuk bersama pasport ke office ….
10 minit kemudian dia kembali dan berkata insyaAllah Masalah tuan telah selesai , tuan cop diimegresin malaysia dan kembali kesini…..tiada masalah lagi…..
Ana tak kenal orang tadi bahkan tak pernah melihatnya….
Ana mcm tak percaya…….dgn mudah saja Allah taala selesaikan….masalah ini……
Hari ini kita nak yakin setiap benda tak dapat bagi mudarat dan manafaat yg bagi mudarat dan manafaat ialah Allah Subhanahuwataala…..
Begitulah setiap amal kita bukannya dari kekuatan kita tapi dgn kudrat Allah Subhanahuwataala….
Yang mengeluarkan kita bukanya ghairullah…., tapi yg mengeluarkan kita Allah Subhanahuwataala 
Nabi Sallallaahu`Alayhi-waa-Sallam telah usaha diatas tiga golongan iaitu orang dewasa, wanita dan juga anak2… Dgn fikir nabi risau nabi telah datang dari diri sahabat dan sahabiah sehingga hidayah tersebar seluruh alam ( puri alam)….
Sehinggakan datang pada diri umat ini nisbatul nabuwah…….
Apa itu nisbatul nabuwah iaitu malam Nabi malam saya, siang Nabi siang saya , fikir Nabi fikir saya, kerja Nabi kerja saya……
Untuk ini kita niat jadikan dakwah maksud hidup kita … Amin…….
Diatas maksud yg besar ini kita azam dan niat untuk keluar 40 hari masturat secepat mungkin………
Moga kita semua bersedia
insyAllah……

This entry was posted in 1WORLDCommunity by Da'iee illAllah

4 THOUGHTS ON “DAKWAH MASTUROH THAILAND DI SINGAPORE DR STATUS IPU ISMAIL

  1. ahmad zaki on  said:
    Saya azam nak buat usaha makami sungguh-sungguh, banyak juga nak tulis karguzari nanti………
  2. Mohd Suhaimi on  said:
    Azam kluar masturat lepas kawin…

Manasye King, bani Israel, Hamden bolly WORD: 'Ingatlah apabila kalian dengar nama-nama para Sahabat hendaklah kalian sambut dengan penghormat dan penghargaannya dengan ucapan: Radhiyallahu Anhu dan bagi para Sahabiah: Radhiyallahu Anha. INGATLAH: Sesunguhnya para-para Sahabat telah mendapat RedhaAllah dipenjanjian Hudaibiyah'. Firman Allah Taala: . . . Radhiyallahu Anhu . . . (Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia) (H.R. hadis panjang: Malaikat Jibril Alayhis Sallam dan seluroh makluk dilangit dan bumi mengutuk sesiapa yang mendengar nama Rasulullah dan para Sahabatnya tanpa menyambut dan memberi penghormatan pada mereka sebagai bakhil dan sombong dan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata: Ameen)..

Hendaknya orang-orang yang mendengar, menyambut dan menjawab namanya para `para Sahabat Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dengan penhormatan: Radhiyallahu Anhu dan kepada para Sahabiah dengan penghormatan: Radhiyallahu Anha serta menyampaikan pula kepada orang lain mudah-mudah kita bersama dapat lindungan Rahmat Allah Taala, Ameen.

Ya Taiba Ya Taiba . . . 


Di DUNIA LAGI: Mereka-Mereka Ini Yang Allah Taala Telah Janjikan Surga

Firman Allah Taala: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia,serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah Taubah ‘9: Ayat 100)

Didalam ayat-ayat Al`Quran yang dinyatakan diatas ini Allah telah memuji para`para Sahabat dan menyatakan tentang kesukaanNya terhadap mereka. Sebaya juga kitab`kitab dari hadis dipenuhi dengan kelebihan`kelabihan mereka misalnya:

(1) ‘Ikutilahlah Abu Bakar dan Umar dikala daku tidak bersama kalian lagi.’

(2) “Persamaan yang ada pada diri para Sahabat adalah seumpama persamaan bintang`bintang (sebagai panduan)”. Barangsiapa mengikut mereka akan dipimpin (di jalan yang lurus).

(3) “Persamaan yang ada pada para Sahabat (di kalangan manusia) adalah ibarat persamaan garam didalam makanan. Tiada ada kelazatan didalam makanan tanpa garam.”

(4) Berwaspadalah (dari mengerakkan lidahmu) dari memburukkan nama para Sahabatku. Janganlah menjadikan mereka sebagai sasaran dari fitnahmu. Sesiapa yang mencintai mereka kerana kasih`sayangnya untukku dan sesiapa yang beriri hati terhadap mereka, bermakna dengki kepadaku. Begitu juga sesiapa yang benci kepada mereka dengan tersendirinya mereka  benci akan ku dan sesiapa yang membenci akan daku bermakna dia membenci akan Allah. Dan Allah dengan secepat mungkin akan meragut nyawa orang yang membenciNya.”

(5) “Jangan sekali`kali mencaci para Sahabatku. Jika seseorang diantara kamu (orang`orang yang datang sesudah para Sahabat) telah membelanjakan emas (sebagai sedekah) adalah ganjarannya sama juga seperti beratnya ‘Gunung Uhud’ namun kalian tidak boleh mendapat ganjaran menyamai dengan apa yang telah diperolehi dari Sahabatku yang hanya membelanjakan 1 atau setengah ‘Mudd’ dari biji`bijian sahaja.” (1 ‘Mudd’ sama juga 1 ¾ paun).

(6) “Keatas seseorang yang  mencercai para Sahabatku, sesungguhnya ia akan mendapat kutukan dari Allah dan para Malaikat serta dari sekelian manusia yang ada di bumi ini. Semada Sembahyang fardu maupun Salat Nafilnya tidak akan diterima oleh Allah”

(7) Ingatlah: Selepas para`para Nabi, Allah telah mengutamakan para`para Sahabatku meliputi segala ciptaanNya. Sekali lagi ia melebihi kesemua dari para Sahabat yang lainnya. Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali.”

(8) Wahai manusia! Daku merasai begitu gembira dengan Abu Bakar. Kalian sepatutnya menyedari kedudukannya itu. Daku juga merasai gembira terhadap Umar, Ali, Usman, Talhah, Zubair, Saad, Abdur Rahman bin Auf dan Abu Ubaidah. Kalian sepatutnya menyedari akan kedudukan mereka itu. Wahai manusia! Allah telah mengumumkan (pengisytiharan/declaration) keampunanNya bagi kesemua dari mereka yang menyertai peperangan Uhud dan yang Bait’at (bersumpah`setia) kepada ku di Hudaibiyah. Wahai manusia! Kalian patut mempunyai penghargaan untukku semasa berunding dengan para`para Sahabatku khasnya mereka`mereka yang mempunyai pertalian darah denganku. Awasilah dari melakukan sebarang kesilapan kepada mereka jika mereka mengadu mengenaimu pada Hari Penghisapan dimana dikau pasti tidak terampun.”

(9) Berikan penghargaan kepadaku ketika kamu berunding dengan para Sahabatku dan mereka `mereka yang mempunyai pertalian darah denganku melalui perkahwinan. Seseorang yang mempunyai penghargaan kepadaku akan berada di dalam perlindungan Allah pada Hari Hisab nanti. Allah bebas dari sebarang kewajipanNya kepada sesiapa yang tidak mempuyai penghargaan untukku. Ia boleh meragut nyawanya pada bila`bila masapun.”

(10) “Pada Hari Hisab nanti daku akan menjadi perlindung bagi mereka`mereka yang mempunyai penghargaan untukku ketika berunding dengan para Sahabatku.”

(11) “Seseorang yang mempunyai penghargaan untukku didalam rundingannya dengan para Sahabatku akan dapat menghampirku ketika daku berada di ‘Kauthar’ nanti manakala orang yang tidak mempunyai penghargaan untukku di dalam rundingan dengan mereka itu tidak akan dapat menghampiriku. Ia boleh memandang wajahku hanya dari satu jarak sahaja”