
Ada 28 tertib yang harus dipatuhi oleh setiap da’ie ketika keluar di jalan Allah, iaitu;
1. Empat perkara yang diperbanyakkan;
- Dakwah ilallah?- Dakwah ijtima’i, dakwah infradi, dakwah umumi dan dakwah khususi.
- Ta’lim wal ta’lum?- Ta’lim infradi, ta’lim ijtimai, halaqah tajwid, fadhilah amal dan muzakarah sifat-sifat sahabat.
- Zikir dan Ibadah?- Zikir: membaca?Subhanallah, wal hamdulillah, walaa ilaaha illallah, wallahu akbar; selawat, istighfar dan tilawah Al-Quran. Ibadah: Ibadah fardhu, wajib, sunat dan mustahab.
- Khidmat?- Khidmat kepada diri sendiri, rombongan jemaah, (kariah) kampung dan amir jemaah.
2. Empat perkara yang dikurangkan;
- Kurangkan masa makan dan minum.
- Kurangkan masa tidur dan rehat.
- Kurangkan percakapan yang sia-sia.
- Kurangkan masa di luar masjid.
3. Empat perkara yang ditinggalkan;?
- Ishraaf (perbuatan boros atau membazir).
- Berharap (dalam hati) kepada makhluk.
- Meminta kepada makhluk.
- Menggunakan barang orang lain tanpa izin.
4. Empat perkara yang tidak boleh disentuh;
- Perbedaan aqidah.
- Khilafiah/ mazhab.
- Politik, aib masyarakat, pangkat serta derma.
- Berdebat (mujadalah).
5. Empat perkara yang dijaga;?
- Mengutamakan amal ijtima’i daripada amal infradi.
- Kehormatan masjid.
- Ketaatan kepada amir jemaah.
- Sabar dan tahamul (ketahanan dalam menghadapi ujian).
6. Empat perkara yang dijauhkan;
- Tankish (merendahkan).
- Tankind (mengkritik).
- Tardid (menafikan atau menolak sama sekali).
- Taqobul (membanding-bandingkan).
7. Empat pilar (tiang/dasar) agama;
- Ahli dakwah (tabligh, da’ie, juru dakwah).
- Tadris (para ulama, pengasuh/mudir pondok pesantren/madrasah, majlis ta’lim).
- Kanka (mursyid, ahli tareqat) dan
- Musanif (para pengarang kitab).