
Beberapa istilah
yang terdapat di dalam usaha dakwah dan tabligh? Sumber nukilan oleh Ustaz
Muhammad Qosim At-Timori di buku bersaiz poket, ‘Panduan Khuruj Fi Sabilillah‘
dalam bahasa Indonesia daripada tajuk asalnyaLampiran: Kamus beberapa Istilah
dalam Jamaah Tabligh
Beberapa istilah
ini untuk memudahkan rangka kerja usaha dakwah kerana aktivis daripada pelbagai
latar belakang yang berlainan terutamanya negara dan bahasa yang berbeza.
Seseorang tidak
pernah diwajibkan untuk mengingati istilah-istilah ini, sebaliknya akan mudah
difahami dan diingati sesuai dengan masa dan pengalaman bersama jemaah.
Alim ulama juga
menasihatkan supaya tidak menggunakan istilah-istilah ini di khalayak umum
sebaliknya menggunakan bahasa yang mudah difahami seperti ‘bayan’ disebut
sebagai ‘perbincangan/muzakarah iman dan amal’, ‘karkun’ kepada ‘rakan
seusaha’, ‘rahaba’ kepada ‘penunjuk jalan’.
Istilah yang
dinyatakan;
Amir:? Pimpinan
yang diangkat untuk suatu tempat. Juga pimpinan yang diangkat untuk suatu
jamaah keluar di jalan Allah. Tugas Amir adalah berkhidmat kepada jamaah, bukan
sebagai diktator.
Bayan:? Mejelis
Penerangan untuk menerangkan maksud dan tujuan usaha tabligh. Bayan biasanya
berkisar untuk membicarakan 6 sifat utama yang perlu diusahakan.
(a) Keyakinan
kepada kekuasaan Allah Subhanahuwataala dan keyakinan yang teguh kepada sunnah
Rasulullah Sallallaahu`Alayhi-waa-Sallam. sebagai sumber kejayaan yang hakiki.
Inilah anjuran dari kalimah Tayyibah: Laailaaha illallah Muhammadur rasulullah.
(b) Memperbaiki
shalat supaya menjadi shalat yang ampuh untuk mendapatkan pertolongan Allah.
Shalat diusahakan supaya mirip dengan shalatnya Rasulullah
Sallallaahu`Alayhi-waa-Sallam.
(c) Ilmu dan
dzikir, keduanya saling berkaitan. Sebagai alat untuk mengingat Allah dan
mendekati Allah.
(d) Ikramul
Muslimin, yaitu menghormati dan menjaga hak-hak orang Islam.
(e) Memperbaiki
niat (tasyhih niat), yaitu menjaga niatnya semata-mata karena Allah,bukan untuk
tujuan lain.
(f) Dakwah dan
tabligh yaitu: Suatu usaha yang perlu dilakukan untuk menerapkan pentingnya
usaha dakwah dan tabligh di kalangan umat yang menjadi teras umat yang terbaik.
Di akhir bayan dilakukan tasykil untuk mengajak orang banyak agar dapat
meluangkan waktunya untuk keluar di jalan Allah.
Bayan
Hidayah:?Bayan untuk menerangkan ushul-ushul tabligh di jalan Allah. Kerangka
kerja luar di jalan Allah. (*nasihat-nasihat terhadap jemaah yang telah
dibentuk sebelum berangkat khuruj, perkara terpenting ialah mengikuti
tertib-tertib yang telah diberikan dalam usaha dakwah dan tabligh).
Bayan Wafsi:?
Bayan untuk mereka yang baru pulang dari keluar di jalan Allah. Kerangka kerja
tempatan juga diterangkan kepada mereka. (*nasihat-nasihat yang diberikan
setelah jemaah kembali dari khuruj, perkara yang terpenting ialah menjalankan
kerja-kerja dakwah di tempat sendiri. Disebut juga sebagai bayan tangguh. Ada
juga menyatakan istilah yang sepatutnya adalah bayan hidayah amal maqami.)
Buzruq:?Orang alim
atau ulama serta orang-orang yang telah lama mengikuti usaha tabligh serta
mempunyai kepahaman cukup luas di bidang usaha tabligh.
Cillah:? Satu
jangka waktu (sekitar 40 hari) yang dijalani oleh ahli-ahli tabligh (karkun)
untuk berusaha memperbaiki diri dari segi iman, amal, akhlak dan lain-lain.
Untuk hal ini, para ahli tabligh hendaknya menyempurnakan cillahnya
sekurang-kurangnya satu kali dalam setahun. Dan paling sedikit meluangkan
waktunya 3 cillah (4 bulan) seumur hidup. (*tahapan cillah senantiasa
meningkat, sekarang dikehendaki memenuhi 3 cillah setiap tahun.)
Dzihin:? Membentuk
pikir supaya senantiasa risau dengan keadaan agama. Juga membentuk pikir supaya
senantiasa berghairah untuk berusaha ke arah iman dan pikir umat.
Ghast:? Ziarah
dari rumah ke rumah atas maksud iman. (Jaulah) usaha yang mirip dengan yang
dilakukan Rasulullah Sallallaahu`Alayhi-waa-Sallam. ketika pergi berjumpai
setiap orang di Makkah. (*disebut juga sebagai dakwah umumi. Ghast ini
dilakukan sebelum maghrib atau selepas solat maghrib dengan dimulai muzakarah
adab ziarah. Program harian semasa keluar di jalan Allah dan program mingguan
semasa berada di tempat tinggal atau maqami. Sekurang-kurangnya 45 minit masa
yang dikehendaki.)
Hadhatji/Hadratji:?
Amir bagi seluruh dakwah tabligh di seluruh dunia.
Halaqah: Dalam
setiap markas, dibagi menjadi beberapa kawasan yang disebut halaqah. Halaqah
terdiri dari beberapa sub halaqah dan sub halaqah dibagi lagi menjadi
mohalla-mohalla. (*turutan kurang lebih Markas dunia (Nizamuddin) > ? Markas
Negara? > Sub Markas? (markas-markas dalam negara) > Halaqah > Sub
Halaqah > Mohalla (masjid/ surau di kampung atau taman perumahan.)
I’tikaf:? Bermalam
atau duduk di masjid dalam jangka waktu tertentu sambil melakukan beberapa
amalan masjid.
Ijtima:? Satu
perhimpunan tahunan yang diadakan untuk menghimpun orang banyak untuk keluar di
jalan Allah. (*Perhimpunan usaha dakwah dan tabligh di satu-satu negara sama
ada akan dibuat setiap tahun, dua tahun atau tiada penetapan tertentu
berpandukan mesyuarat dunia di Nizamuddin.)
Ijtima’i:? Usaha
secara bersama-sama. (*aktiviti/amalan yang dilakukan secara berjemaah seperti
ghast, taklim, bayan, muzakarah; amalan ijtima’i ini diutamakan daripada amalan
yang dilakukan secara bersendirian.)
Ikhtilat dan
tafakud:? Memilih dan mempertemukan mereka yang layak untuk dibentuk ke dalam
jamaah yang akan keluar di jalan Allah.
Ikram:?
Memuliakan.
Infiradi:? Usaha
secara perorangan. (*aktiviti/amalan individu seperti berzikir, solat sunat,
rehat dan lain-lain. Apabila waktu bersamaan dengan amalan ijtima’i,
dinasihatkan bersegera meninggalkan apa jua aktiviti/ amalan infiradi)
Intizam:?
Pekerjaan pengurusan, pengendalian dan pengelolaan untuk menyelenggarakan
perhimpunan (jord, ijtima’ dan sebagainya.)
Islah:?
Memperbaiki diri dalam usaha jamaah tabligh. Program-program tertentu dibuat
untuk pengislahan melalui usaha dakwah, ta’lim, ibadah dan dzikir serta
khidmat.
Israf:?
Berlebihan.
Istiqbal:?
Penyambutan tamu yang menyambut tamu-tamu yang datang untuk menghadiri majelis
perhimpunan atau majelis bayan dan sebagainya. (*dalam perhimpunan besar
seperti ijtima’, akan dibentuk jemaah istiqbal dan disediakan ruangan khusus
dan merupakan bahagian terpenting dalam kerja pendataan ijtima’. Selain itu, di
tiap markas negara juga ada jemaah khusus istiqbal bertujuan pendataan jemaah
yang keluar masuk ke markas.)
Jamaah:?
Sekelompok orang yang memiliki pikir yang sama dan maksud serta usaha yang sama
pula.
Jaulah:
Berkeliling menjumpai manusia untuk mengajak taat kepada Allah. (*sinonim
ghast, ziarah)
Jazbah:? Semangat
atau keghairahan dan perasaan cinta seseorang terhadap usaha agama dan yang
berkaitan dengan itu.
Jord:? Perhimpunan
untuk mendapatkan nasehat serta memperbaharui tekat untuk azam, juga untuk
mempererat hubungan antara ahli. Jamaah-jamaah juga dibentuk di sini untuk
dikirim ke seluruh dunia. (*perhimpunan yang diadakan lebih kecil berbanding
dengan ijtima’, sama ada peringkat markas, negeri atau wilayah.)
Josh:? Perasaan
berkobar-kobar yang luar biasa yang kadang-kadang melewati batas kewajaran
karena terlalu suka atau terlalu marah.
Kalamullah:?
Firman Allah.
Karkun:?Rekan-rekan
satu usaha dalam dakwah dan tabligh. (* di Indo-Pak disebut sebagai ‘saathi’
manakala di Yaman, ‘shahibuddakwah’. Ulama dakwah & tabligh tidak pernah
menganjurkan istilah ini kerana kekhuatiran sifat ekslusif, kerja dakwah bukan
untuk selain karkun atau menimbulkan semangat assobiyyah.)
Khadim:? Orang
yang bertugas melayani.
Khidmat:?
Pelayanan atau melayani.
Khuruj Fi
Sabilillah:? Keluar ke jalan Allah, yaitu keluar dari tempat kediaman bergerak
di jalan Allah dari satu tempat ke tempat lain, dari satu masjid ke masjid lain
di seluruh dunia untuk menjalin silaturahmi dan berdakwah atau tabligh.
Korban:?Maksudnya
adalah mengorbankan waktu, harta dan tenaga. Tanpa pengorbanan itu, usaha
jemaah tidak akan tercapai.
Mahabbah:?
Kecintaan.
Maqami:? Kerja
dakwah di tempat sendiri.
Markas atau
Subguzari: Tempat perhimpunan atau tempat pertemuan untuk menyelaraskan
kerja-kerja dakwah dan tabligh, membentuk jamaah serta mengeluarkan jamaah di
jalan Allah. Juga bermalam di setiap pekan (minggu) yang dikenal sebagai malam
Subguzari.
Mohalla:? Tempat
tinggal para aktivis tabligh di tempat medan usahanya di tengah-tengah
masyarakat setempat. Di sinilah dihidupkan ghast atau usaha dakwah tempatan.
Mu’amalah:?
Hubungan yang berkaitan dengan transaksi atau perniagaan.
Mua’syarah:?
Hubungan dalam pergaulan sosial.
Mudzakarah:?
Saling mengingatkan.
Mujahadah:?
Bekerja keras melawan kehendak hawa nafsu yang rendah serta tabah menghadapi
berbagai ujian baik lahiriah maupun batiniah atau perasaan.
Musaffah:?
Berjabat tangan atau salam. Biasanya dalam jamaah, musaffah dilakukan dengan
orang lama atau alim ulama sebelum jamaah keluar di jalan Allah.
Mutakallim:? Juru
bicara, yakni orang yang ditugaskan untuk berbicara ketika berjumpa dengan
orang-orang yang ditemui pada waktu membuat ghast (jaulah).
Purdah:? Sejenis
kain yang menutupi wajah wanita.
Rahaba:? Petunjuk
jalan yang akan mempertemukan orang yang akan dijumpai dengan mutakallim.
Routes:? Tempat
atau rangkaian tempat yang akan dikunjungi jamaah dalam usahanya. (*contohnya,
Jemaah jalan kaki akan keluar selama 2 bulan di Kelantan dan Terengganu. Jemaah
4 bulan negara jauh akan ke Germany.)
Ta’lim:? Mengajar
atau mempelajari.
Takazah:?Kehendak,
keperluan dan tuntutan yang dibentangkan untuk disambut dan dipenuhi
karkun-karkun tabligh dalam usaha agama. (*Takazah akan dibentangkan di dalam
mesyuarat yang diadakan sama ada dalam peringkat markas, halaqah atau di
mohalla-mohalla tempatan (masjid/ surau).
Contohnya, i) Jord
pelajar akan diadakan, setiap halaqah diberi tugasan untuk menyediakan sama ada
khidmat minuman, makanan dan pembersihan.
ii) Target ijtima’
mengeluarkan 700 jemaah 4 bulan, maka di setiap markas, tasykil 4 bulan
sebanyak-banyaknya perlu dibuat sebelum ijtima’.
iii) 7 jemaah dari
Arab akan tiba pada bulan hadapan, takazahnya adalah menyediakan beberapa
ustaz/pelajar untuk menyertai jemaah ini sebagai penterjemah bahasa Arab, maka
di setiap mohalla dan halaqah akan melakukan tasykil.)
Taqrir:?
Pembicaraan mengenai iman dan amal saleh untuk lebih menguatkan dan menumbuhkan
semangat, juga menghadirkan hati dan pikiran sehingga dapat ditasykil untuk
keluar di jalan Allah. Biasanya dilakukan di masjid ketika rombongan jaulah
sedang berkeliling ke rumah-rumah. Atau pada hari (malam) Ijtima’ markas yang
dilakukan pada sore (petang) hari.
Targhib:? Memberi
perkataan (ucapan) kepada orang lain/dorongan untuk membangkitkan rasa suka.
Tarhib:? Kata-kata
untuk memperingatkan diri sendiri.
Tasykil:? Usaha
membujuk atau mengajak orang banyak dengan memberikan ajakan-ajakan dan
keterangan-keterangan agar dapat meluangkan waktu di jalan Allah.
Tawajjuh:?
Memusatkan perhatian kepada sesuatu.
Tilawah:?Membaca.
Biasanya digunakan sebagai istilah dalam membaca Al- Quran.
Ushul-Ushul:?
(atau adab dan usul); Tata tertib; Tertib-tertib jama’ah yang perlu
diperhatikan ketika sedang menjalankan usaha tabligh. (*boleh lihat di? Tertib:
Usul Dakwah dan Tabligh.)
Zon:? Pembahagian
kawasan menurut rangka usaha tabligh. Kawasan-kawasan ini tidak dibatasi oleh
zon politik.
Zumidar/Zumindar:?
Orang yang bertanggungjawab dalam suatu tugas dalam rangka usaha jama’ah ketika
amir tidak ada.
Tambahan (senarai
tidak dinyatakan dalam buku tersebut):
Bairuni atau
Intiqoli:? Merujuk kepada keluar di jalan Allah. Contoh, usaha maqami
(tempatan) dan usaha bairuni? (luar).
Bayan Ta’ruf:?
Majlis penerangan untuk memperkenalkan jemaah setelah tiba di tempat tujuan.
Lazimnya dilkukan setelah melakukan solat fardhu zuhur.
Bayan Subuh:?
Penerangan berkenaan 6 perkara atau sifat utama yang ada pada sahabat
Rasulullah Sallallaahu`Alayhi-waa-Sallam.
Bayan Asar:?
Penerangan mengenai kepentingan dakwah. Bertujuan targhib dan menyediakan
jemaah masjid/surau untuk melakukan ghast (jaulah).?
Bayan Maghrib:?
Penerangan berkisar dalam 6 perkara dan bertujuan mengajak jemaah masjid/surau meluangkan
waktu untuk khuruj di jalan Allah.
Bazaar:? Kedai
atau gerai perniagaan yang ada di sekitar markaz.
Chai/Garam Chai:?
Minuman teh susu (pekat), ditambah dengan sedikit garam.?
DTI:? Singkatan
kepada dakwah, taklim dan istiqbal. Usaha ziarah dilakukan seperti ghast
(jaulah), tiada majlis penerangan/bayan.?
Faisala:? Pembuat
keputusan dalam mesyuarat halaqah atau markaz.?
IPB:? Singkatan
kepada India, Bangladesh dan Pakistan.? Aktivis diisyaratkan untuk khuruj ke
negara ini terlebih dahulu sebelum ke negara-negara lain bertujuan mendengar
nasihat-nasihat alim ulama dan mempelajari cara kerja usaha dakwah dan tabligh
mengikut tertib yang betul.?
Karguzari:?
Laporan atau natijah/ hasil usaha dakwah tabligh yang telah dilakukan. Akan
dibentangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan sama ada di peringkat markas,
halaqah atau mohalla.
Khususi:? Usaha
ziarah yang dilakukan terhadap golongan-golongan tertentu. Contohnya; ziarah
kepada penanggungjawab masjid/ surau, ustaz atau alim ulama, karkun/rakan seusaha
yang ‘berehat’ dan sebagainya.
Malfuzat:?
Kata-kata atau ucapan.? Kumpulan
malfuzat-malfuzat Maulana Ilyas Rahmatullahi 'Alaih yang dinukilkan oleh
Maulana Manzoor Numani, baca atau muat turun di? Malfoozaat – Discourses Of
Maulana Ilyas Rahmatullahi 'Alaih?
Masturoh/Masturat:?
Wanita. Wanita juga khuruj di jalan Allah bersama-sama dengan mahramnya yang
dipanggil jemaah Masturat. Ada program khusus seperti bayan dan taklim masturat
mingguan. Maklumat program, usaha atau tertib masturat boleh mencarinya melalui
laman-laman bermanfaat di internet.?
Masyaikh atau
Eldest:? Alim ulama atau orang lama/awwalin dalam usaha dakwah.?
Mesyuwarah/Mesyuarat:?
Perbincangan untuk mencapai kata putus dalam rangka kerja penyelarasan dan
agihan tugasan usaha dakwah. Lazimnya dimulai dengan dzihin/targhib dan
penerangan adab-adab mesyuarat. Karguzari dan takazah merupakan perkara penting
dalam mesyuarat.? Mesyuarat dilakukan di pelbagai peringkat; mesyuarat harian
di setiap mohalla, mesyuarat mingguan untuk setiap halaqoh dan markas serta
mesyuarat bulanan di setiap markas.
Mutarjim:?
Penterjemah bahasa.?
Muzakkir atau
Zakirin:? Seseorang yang diberi tanggungjawab untuk berzikir dan berdoa memohon
pertolongan dan hidayah Allah di dalam program ghast (jaulah).?
Nisob/nisab:? Jangka masa khuruj Fi Sabilillah yang perlu
dipenuhi oleh aktivis iaitu 3 hari atau 10 hari setiap bulan dan 40 hari atau 4
bulan setiap tahun. Tahapan nisab ini senantiasa meningkat bersesuaian kemajuan
usaha. Apa yang dikehendaki, aktivis bersedia keluar khuruj pada bila-bila masa
dan keadaan mengikut takazah.
Nusrah/Nusroh:?
Bantuan atau kerjasama.
Syura/Syuro:?
Penanggungjawab di satu-satu markaz. Beberapa syura akan dilantik bagi setiap
markaz.
Ta’am/To’am:?
Makanan. Khidmat ta’am merujuk kepada khidmat menyediakan makanan kepada
jemaah.
Tamsil/Tamthil:?
Perumpamaan; analogi; perbandingan.
Beberapa panggilan
jemaah:? Jemaah Pelajar, Jemaah Ulama, Jemaah Santri, Jemaah Khawas
(orang-orang kaya atau berpangkat), Jemaah Hafiz, Jemaah Jalan Kaki, Jemaah
Masturat (wanita/pasangan mahram), Jemaah Cikgu (atau profesion kerja), Jemaah
Awam (orang awam), Jemaah Foreign/ Afrika (atau nama-nama tempat/ negara),
Jemaah 4 bulan (atau tempoh-tempoh khuruj), Jemaah Runcit (ahli-ahli jemaah
berlatar belakang negara/ tempat/ bahasa yang berbeza-beza).
Manasye King, bani Israel, Hamden bolly WORD: 'Ingatlah apabila kalian dengar nama-nama para Sahabat hendaklah kalian sambut dengan penghormat dan penghargaannya dengan ucapan: Radhiyallahu Anhu dan bagi para Sahabiah: Radhiyallahu Anha. INGATLAH: Sesunguhnya para-para Sahabat telah mendapat RedhaAllah dipenjanjian Hudaibiyah'. Firman Allah Taala: . . . Radhiyallahu Anhu . . . (Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia) (H.R. hadis panjang: Malaikat Jibril Alayhis Sallam dan seluroh makluk dilangit dan bumi mengutuk sesiapa yang mendengar nama Rasulullah dan para Sahabatnya tanpa menyambut dan memberi penghormatan pada mereka sebagai bakhil dan sombong dan Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam berkata: Ameen)..
Hendaknya orang-orang yang mendengar, menyambut dan menjawab namanya para `para Sahabat Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam dengan penhormatan: Radhiyallahu Anhu dan kepada para Sahabiah dengan penghormatan: Radhiyallahu Anha serta menyampaikan pula kepada orang lain mudah-mudah kita bersama dapat lindungan Rahmat Allah Taala, Ameen.
Di DUNIA LAGI: Mereka-Mereka Ini Yang Allah Taala Telah Janjikan Surga
Firman Allah Taala: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia,serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah Taubah ‘9: Ayat 100)
Didalam ayat-ayat Al`Quran yang dinyatakan diatas ini Allah telah memuji para`para Sahabat dan menyatakan tentang kesukaanNya terhadap mereka. Sebaya juga kitab`kitab dari hadis dipenuhi dengan kelebihan`kelabihan mereka misalnya:
(1) ‘Ikutilahlah Abu Bakar dan Umar dikala daku tidak bersama kalian lagi.’
(2) “Persamaan yang ada pada diri para Sahabat adalah seumpama persamaan bintang`bintang (sebagai panduan)”. Barangsiapa mengikut mereka akan dipimpin (di jalan yang lurus).
(3) “Persamaan yang ada pada para Sahabat (di kalangan manusia) adalah ibarat persamaan garam didalam makanan. Tiada ada kelazatan didalam makanan tanpa garam.”
(4) Berwaspadalah (dari mengerakkan lidahmu) dari memburukkan nama para Sahabatku. Janganlah menjadikan mereka sebagai sasaran dari fitnahmu. Sesiapa yang mencintai mereka kerana kasih`sayangnya untukku dan sesiapa yang beriri hati terhadap mereka, bermakna dengki kepadaku. Begitu juga sesiapa yang benci kepada mereka dengan tersendirinya mereka benci akan ku dan sesiapa yang membenci akan daku bermakna dia membenci akan Allah. Dan Allah dengan secepat mungkin akan meragut nyawa orang yang membenciNya.”
(5) “Jangan sekali`kali mencaci para Sahabatku. Jika seseorang diantara kamu (orang`orang yang datang sesudah para Sahabat) telah membelanjakan emas (sebagai sedekah) adalah ganjarannya sama juga seperti beratnya ‘Gunung Uhud’ namun kalian tidak boleh mendapat ganjaran menyamai dengan apa yang telah diperolehi dari Sahabatku yang hanya membelanjakan 1 atau setengah ‘Mudd’ dari biji`bijian sahaja.” (1 ‘Mudd’ sama juga 1 ¾ paun).
(6) “Keatas seseorang yang mencercai para Sahabatku, sesungguhnya ia akan mendapat kutukan dari Allah dan para Malaikat serta dari sekelian manusia yang ada di bumi ini. Semada Sembahyang fardu maupun Salat Nafilnya tidak akan diterima oleh Allah”
(7) Ingatlah: Selepas para`para Nabi, Allah telah mengutamakan para`para Sahabatku meliputi segala ciptaanNya. Sekali lagi ia melebihi kesemua dari para Sahabat yang lainnya. Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali.”
(8) Wahai manusia! Daku merasai begitu gembira dengan Abu Bakar. Kalian sepatutnya menyedari kedudukannya itu. Daku juga merasai gembira terhadap Umar, Ali, Usman, Talhah, Zubair, Saad, Abdur Rahman bin Auf dan Abu Ubaidah. Kalian sepatutnya menyedari akan kedudukan mereka itu. Wahai manusia! Allah telah mengumumkan (pengisytiharan/declaration) keampunanNya bagi kesemua dari mereka yang menyertai peperangan Uhud dan yang Bait’at (bersumpah`setia) kepada ku di Hudaibiyah. Wahai manusia! Kalian patut mempunyai penghargaan untukku semasa berunding dengan para`para Sahabatku khasnya mereka`mereka yang mempunyai pertalian darah denganku. Awasilah dari melakukan sebarang kesilapan kepada mereka jika mereka mengadu mengenaimu pada Hari Penghisapan dimana dikau pasti tidak terampun.”
(9) Berikan penghargaan kepadaku ketika kamu berunding dengan para Sahabatku dan mereka `mereka yang mempunyai pertalian darah denganku melalui perkahwinan. Seseorang yang mempunyai penghargaan kepadaku akan berada di dalam perlindungan Allah pada Hari Hisab nanti. Allah bebas dari sebarang kewajipanNya kepada sesiapa yang tidak mempuyai penghargaan untukku. Ia boleh meragut nyawanya pada bila`bila masapun.”
(10) “Pada Hari Hisab nanti daku akan menjadi perlindung bagi mereka`mereka yang mempunyai penghargaan untukku ketika berunding dengan para Sahabatku.”
(11) “Seseorang yang mempunyai penghargaan untukku didalam rundingannya dengan para Sahabatku akan dapat menghampirku ketika daku berada di ‘Kauthar’ nanti manakala orang yang tidak mempunyai penghargaan untukku di dalam rundingan dengan mereka itu tidak akan dapat menghampiriku. Ia boleh memandang wajahku hanya dari satu jarak sahaja”