Wednesday 28 September 2011

Yang Layak Menjadi Amir אמיר להיות זכאי

In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. God Almighty says in the Holy Quran: "By Time, Indeed, mankind is in loss, Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience." (Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr ‘103: verse 1-3)


Telah ditakhrijkan oleh At-Tirmidzi dan di hasankannya, Ibmu Majah, Ibnu Hibban dan lafadznya oleh Bukhari dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu katanya, Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam telah mengutus satu jema'ah yang terdiri dari beberapa orang.

Sebelum mengutus mereka keluar, Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam telah mendengarkan bacaan Al-Qur'an dari setiap orang dari mereka. Baginda Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam telah mendatangi seorang lelaki yang paling muda di antara mereka lalu bertanya, "Adakah kamu menghafal Al-Qur'an?". Lelaki itu menjawab, "Ya, aku hafal beberapa surah dan surah Al-Baqarah".

Rasulullah Sallallaahu `Alayhi `waa `Sallam bertanya lagi, "Apakah kamu hafal surah Al-Baqarah?". Pemuda itu menjawab, "Ya". Rasulullah Sallallaahu`Alayhi`waa`Sallam pun bersabda, "Pergilah, kamu adalah amir mereka". Seorang lelaki dari kalangan mereka berkata, "Demi Allah! Kami takut untuk menghafalnya sekiranya kami terpaksa mengamalkannya".

Rasulullah Sallallaahu`Alayhi`waa`Sallam telah bersabda, "Belajarlah Al-Qur'an dan bacalah ia, karena sesungguhnya perumpamaan Al-Qur'an itu bagi sesiapa yang mempelajarinya dan membacanya adalah seperti kasturi yang tersebar baunya di setiap tempat. Barang siapa yang mempelajarinya dan menyimpannya adalah seumpama tempat penyimpanan yang mengandung kasturi yang tertutup".

Sebagaimana dalam kitab At-Targhib.


Ditakhrijkan oleh Al-Hakim dalam kitab Al-Kunya dari Asy-Sya'shy seumpamanya katanya, Umar bin Khathab telah berkata, "Tunjukkanlah kepadaku seorang lelaki yang patut aku lantik sebagai amir untuk menguruskan hal ihwal kaum Muslimin?". Mereka menjawab, "Abdul Rahman bin Auf (Radhiyallahu Anhu)". Umar Radhiyallahu Anhu berkata, "Dia seorang tua yang lemah". Mereka bertanya, "Siapakah yang kamu kehendaki?". Umar Radhiyallahu Anhu menjawab,

Seorang lelaki, jika ia menjadi Amir mereka, ia menjadi seolah-olah orang biasa di antara mereka, dan apabila mereka ia tidak menjadi Amir mereka, ia seolah-olah adalah amir mereka.

Merekapun berkata, "Tidaklah kami ketahui seorangpun kecuali Ar-Rabi' bin Ziyad Al-Haris". Umar Radhiyallahu Anhu pun berkata, "Kamu benar."

Sebagaimana dalam kitab Al-Kanz